Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua individu yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak pada 5 Ogos lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan dengan ajaran Syiah. Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Taiping di hadapan Hakim Syarie Azman Saad dan kes mereka akan disebut semula pada 8 Oktober nanti.Kedua-dua tertuduh Dr Nur Azah dan Mohammad Ridzuan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3000 serta seorang penjamin.Sebelum ini Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ke atas Syiah diambil berasaskan kebimbangan mereka terhadap konflik yang tercetus di Syria.
19 Ogos 2013 - 19:30
News ID: 453544
Dua individu mengaku tidak bersalah memiliki bahan yang berkaitan dengan ajaran Syiah di Mahkamah Syariah Taiping.